BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 10 December 2011

Sejarah Pokok Sena


Tahukah anda,Kampung Pokok Sena mempunyai sejarah yang tersendiri???Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini,Kampung Pokok Sena mendapat namanya daripada sebuah kisah yang sungguh unik.Berdasarkan cerita orang tua-tua dahulu,terdapat sebatang pokok sena yang rendang yang tumbuh subur di simpang tiga kampung.Kononnya pokok itu disambar petir.Atas peristiwa itu,penduduk kampung mengambil nama pokok yang disambar petir itu menjadi nama kampung mereka.Bermula dari peristiwa itu,wujudlah sebuah kampung bernama KAMPUNG POKOK.

Kampung Pokok Sena juga mempunyai pantunnya yang tersendiri yang berbunyi :-

Alor mengkerung jalan ke batas,
Tempat cik mamak berkedai kopi,
Seekor burung telah terlepas,
Dimana hendak ku cari ganti,

Bukit Chuping gua berangin,
Tempat orang mengambil baja,
Putih kuning ramai teringin,
Tapi ramai yang balik saja.





Miezan Nasi Kandar



 Nasi Kandar merupakan salah satu daya tarikan di Kampung Pokok Sena yang diusahakan oleh keluarga Encik Miezan. Lokasinya terletak di Km 6, Jalan Mata Ayer, Chuping, 02500, Perlis. Encik Miezan telah mengusahakan perniagaan nasi kandar sejak 4 tahun yang lalu. Ramuan nasi kandar merupakan resipi tradisi turun-menurun keluarga Encik Mizan.



                Lauk dan nasi kandar ini disediakan terlebih dahulu di rumah, kemudian dibawa ke tapak jualan. Waktu jualan ialah pada setiap hari kecuali pada hari selasa bermula jam 5.30 petang. Encik Miezan sekeluarga menerima sebarang tempahan nasi kandar  untuk sebarang majlis. Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi Encik Miezan di Talian 012-5761136. 

Awang Batil


Manusia dan seni muzik tak dapat dipisahkan.Di Malaysia terdapat pelbagai jenis seni muzik yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira muda mahupun tua.Di Perlis terutamanya di Kampong Pokok Sena, Awang Batil amat sinonim dengan masyarakat di kampong ini.



Awang Batil??? Apakah yang dimaksudkan dengan Awang Batil ?? Dan siapakan Awang  dan apakah Batil?Untuk pengetahuan semua, seni muzik Awang Batil merupakan seni muzik warisan turun-temurun yang berasal dari negeri perlis. Seni muzik tradisional yang mempunyai banyak persamaan dengan wayang kulit ini agak unik berbanding dengan wayang kulit itu sendiri. Hal ini kerana, Seni muzik Awang Batil ini menggunakan banyak alatan muzik yang unik untuk menghasilkan alunan muzik yang mengasyikkan sehingga menusuk jiwa penonton.Perbezaan Awang Batil dengan Wayang kulit ialah Awang Batil hanya mengunaakan muzik untuk bercerita kepada penonton mereka,manakala wayang kulit mungunakkan patung untuk bercerita kepada penonton.



Di kampung Pokok  Sena,Romli Bin Mahamud atau lebih mesra dipanggil Pakcik Romli merupakan pemain Awang Batil yang masih ada satu-satunya di Malaysia.Kebolehan bermain Awang batil diwarisi daripada ayahanda beliau.Beliau merupakn generasi ke-5 yang mewarisi Permainan Awang Batil ini.Pakcik Romli selalu dijemput ke Majlis-majlis besar kerana keunikannya yang mampu bermain pelbagai jenis alatan muzik dan yang lebih menarik lagi kesemua alatan muzik yang dimainkan oleh beliau adalah hasil tangan beliau sendiri.Para penonton yang menonton persembahan Pakcik Romli pasti terpegun dengan kebolehan beliau.Untuk pengetahuan umum,Pak Romli bukan hanya membuat persembahan Awang Batil ini di Malaysia sahaja tetapi beliau telah pun berjaya membuat persembahan  di luar negara iaitu di Singapura dan Switzerland.Kebanyakan penonoton di Singapura  amat menyukai persembahan beliau sehinggakan ada yang  kerap kali menjemput beliau untuk mumbaut persembahan di sana.Dalam entri kali ini kami sertakan serba sedikit profile diri Pakcik Romli dan gambar-gambar alat muzik yang sering dimainkan oleh beliau sepanjang persembahan Awang Batil.Sesungguhnya kebolehan Pakcik Romli tiada tandingan.

 
Profil 


 
Nama  : Romli Bin Mahamud
Umur  : 56 Tahun
Tarikh Lahir : 6 Julai 1955
Tempat Lahir : Kampung Pokok Sena
Anak :  4 orang  (3 lelaki,1 perempuan)
Alatan Muzik yang boleh dimainkan : Violin,Seruling,Gendang,Batil
No.Telefon : 016-4928879


Antara gambar-gmbar Pakcik Romli bersama Pelajar-pelajar Unimap yang menemubual beliau.

 




























Friday, 9 December 2011

RESEPI ACAR BUAH MAK SOM :)

RESEPI

BAHAN-BAHAN ASAS :

1)     CILI KERING
2)      BAWANG PUTIH
3)      BAWANG MERAH
4)      HALIA
5)      JINTAN MANIS
6)      MINYAK
7)      GULA &  GARAM
8)      CUKA
9)      BIJAN (HIASAN)

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT ACAR BUAH : 

1)      BUAH KURMA
2)      KISMIS
3)      ASAM KOM
4)      LIMAU KERING
5)      BELIMBING BULUH

CARA-CARA MEMBUAT : 

1)     1) BIJI CILI DIBUANG, KEMUDIAN CABAI ATAU DIKENALI SEBAGAI CILI DI GORENG DAN DIREBUS.
DIMASUKKAN KE DALAM MESIN PENGISAR CILI.

2)    2)  BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH, JINTAN, HALIA DAN CILI YANG TELAH SIAP DIKISAR KEMUDIANNYA DITUMIS DI DALAM KUALI.

3)    3)  BUAH-BUAHAN UNTUK MEMBUAT ACAR TERSEBUT HENDAKLAH DIPOTONG KECIL-KECIL,DIRENDAM DIDALAM CUKA DAN GARAM SELAMA 2  MINGGU.

4)    4)   SETERUSNYA, BAHAN-BAHAN TERSEBUT DICAMPUR DAN DITUMIS BERSAMA-SAMA.

5)    5)TUNGGU SEHINGGA NAIK BAU KEMUDIAN BOLEH DI HIDANG 

6)    6) SEBAGAI HIASAN, TABURKAN BIJAN DI ATAS ACAR TERSEBUT.


acar rebung


acar buah




mesin pengisar cili kering




UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI NOMBOR DIBAWAH:
012-5458140(MAK SOM)