BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 10 December 2011

Awang Batil


Manusia dan seni muzik tak dapat dipisahkan.Di Malaysia terdapat pelbagai jenis seni muzik yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira muda mahupun tua.Di Perlis terutamanya di Kampong Pokok Sena, Awang Batil amat sinonim dengan masyarakat di kampong ini.



Awang Batil??? Apakah yang dimaksudkan dengan Awang Batil ?? Dan siapakan Awang  dan apakah Batil?Untuk pengetahuan semua, seni muzik Awang Batil merupakan seni muzik warisan turun-temurun yang berasal dari negeri perlis. Seni muzik tradisional yang mempunyai banyak persamaan dengan wayang kulit ini agak unik berbanding dengan wayang kulit itu sendiri. Hal ini kerana, Seni muzik Awang Batil ini menggunakan banyak alatan muzik yang unik untuk menghasilkan alunan muzik yang mengasyikkan sehingga menusuk jiwa penonton.Perbezaan Awang Batil dengan Wayang kulit ialah Awang Batil hanya mengunaakan muzik untuk bercerita kepada penonton mereka,manakala wayang kulit mungunakkan patung untuk bercerita kepada penonton.



Di kampung Pokok  Sena,Romli Bin Mahamud atau lebih mesra dipanggil Pakcik Romli merupakan pemain Awang Batil yang masih ada satu-satunya di Malaysia.Kebolehan bermain Awang batil diwarisi daripada ayahanda beliau.Beliau merupakn generasi ke-5 yang mewarisi Permainan Awang Batil ini.Pakcik Romli selalu dijemput ke Majlis-majlis besar kerana keunikannya yang mampu bermain pelbagai jenis alatan muzik dan yang lebih menarik lagi kesemua alatan muzik yang dimainkan oleh beliau adalah hasil tangan beliau sendiri.Para penonton yang menonton persembahan Pakcik Romli pasti terpegun dengan kebolehan beliau.Untuk pengetahuan umum,Pak Romli bukan hanya membuat persembahan Awang Batil ini di Malaysia sahaja tetapi beliau telah pun berjaya membuat persembahan  di luar negara iaitu di Singapura dan Switzerland.Kebanyakan penonoton di Singapura  amat menyukai persembahan beliau sehinggakan ada yang  kerap kali menjemput beliau untuk mumbaut persembahan di sana.Dalam entri kali ini kami sertakan serba sedikit profile diri Pakcik Romli dan gambar-gambar alat muzik yang sering dimainkan oleh beliau sepanjang persembahan Awang Batil.Sesungguhnya kebolehan Pakcik Romli tiada tandingan.

 
Profil 


 
Nama  : Romli Bin Mahamud
Umur  : 56 Tahun
Tarikh Lahir : 6 Julai 1955
Tempat Lahir : Kampung Pokok Sena
Anak :  4 orang  (3 lelaki,1 perempuan)
Alatan Muzik yang boleh dimainkan : Violin,Seruling,Gendang,Batil
No.Telefon : 016-4928879


Antara gambar-gmbar Pakcik Romli bersama Pelajar-pelajar Unimap yang menemubual beliau.

 




























0 comments: